Sembang Surau
SALAM MODERATOR
Sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini tok mood memohon jutaan ampun dan maaf kerana membiarkan blog ini sunyi…bukan apa tok mood tak ada modal untuk penyiaran…
Kepada yang tanyakan Pasar Pagi Surau Saidina Ali……minta bersabar kerana Surau ini kekurangan modal untuk melaksanakan projek tersebut.
MAJLIS QIAMULAI
Semua kariah di jemput bersama sama menjayakan majlis tersebut pada 06hb Sept 2009. Insya Allah
MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU
Majlis tersebut akan di adakan di Surau Saidina Ali pada 13hb September 2009….Majlis ini juga turut menjemput seramai 18 orang anak anak yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Kesangan Ku Kampung Tuah…kepada dermawan yang ingin memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka turut di alu alukan.
MARI BELAJAR MEMBACA AL – QURAN
Surau Saidina Ali bercadang untuk mengadakan kelas membaca Al Quran bermula dari Iqra’. Kepada sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau emailkan nama dan no tel ke email surau_saidinaali@yahoo.com …Terima Kasih
BUBUR LAMBOK SURAU SAIDINA ALI
Para petugas Surau Saidina Ali sedang sibuk membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada kariah surau.
PENYAMPAIAN BERAS SUMBANGAN BERNAS

En Adli Pengerusi Surau Saidina Ali menyampaikan beras sumbangan dari BERNAS kepada kariah surau yang layak.
KEMALANGAN JALAN RAYA
En Rahman Adnan Bilal Surau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 27 Ogos 2009…beliau sekarang berada di rumahnya…….semua kariah surau yang ada kelapangan boleh lah menziarahi beliau….semuga ikatan silatulrahim antara kita bertambah erat . Beliau boleh dihubungi melalui talian 017-256 6773

KAMI AHLI JAWATANKUASA SURAU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA KARIAH DAN PENGUNJUNG LAMAN WEB INI……DAN MENDOAKAN SEMUGA SEMUA SELAMAT DI DALAM PERJALANAN BALEK KE KAMPUNG ……..
PERJUMPAAN HARI RAYA AIDILFITRI
Majlis akan diadakan pada 18 Sep 2009 selepas Zohor. di Surau Saidina Ali ……semua Kariah Surau dijemput hadir……..semuga ikatan Silatulrahim diantara kita bertambah erat….Insya Allah

18hb. Oktober 2009 – Terima kasih kepada semua Kariah dan AJK Surau Saidina Ali yang telah turut sama berkerja keras untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau Saidina Ali. Kepada Semua kariah yang telah menghulurkan sumbangan sama ada berupa juwadah maupun wang ringgit hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya….Terima Kasih
mana gambor dok masuk2 lagik?….ado gambor baru cun…pas tu kena routine update..tiap minggu ke,,atau setiap 2 minggu ke…
azam - 17 Januari 2008 at 7:03 AM |
SAUDARA AZAM …. SILA KLIK DIRUANGAN PAGES album surau UNTUK MELIHAT GAMBAR ……JIKA SAUDARA AZAM MEMPUNYAI MAKLUMAT TERBARU SERTA GAMBAR TERBARU SILA EMAILKAN KE surau_saidinaali@yahoo.com untuk tindakan saya…terima kasih kerana menyokong blog ini.
saidinaali - 18 Januari 2008 at 4:51 AM |
Syabas & Tahniah atas pelancaran laman web Surau …satu inisiative yang mulia
Mamat Kasim - 30 Januari 2008 at 7:58 AM |
Saudara Mamat semuga di berkati Allah hendaknya…
Pihak moderator amat berterima kasih kerana sokongan saudara ke atas laman web surau yang dibangunkan…..pihak moderator amat mengalu-alukan komen yg membina dari saudara….jika saudara mamat mempunyai sebarang rencana atau gambar aktiviti surau sila emailkan kepada kami untuk tujuan penyiaran
saidinaali - 30 Januari 2008 at 9:29 AM |
Boss..Depan taruk gambar surau kita yg ok punya…lepas tu senarai ajk..ambik gambau sorang2..baru boleh kenal..
azam - 6 Februari 2008 at 1:42 AM |
saudara azam semuga sejahtera selalu….pihak moderator memerlukan gambar AJK untuk tujuan tersebut..jika saudara azam ada menyimpan gambar AJK sila majukan kepada saya … terima kasih
saidinaali - 6 Februari 2008 at 2:33 AM |
tuan moderator….saya nak hantar…design banner…untuk..di.pamerkan…di.web….bila..ada…ceramah…ok…..tAHNIAH…kerana banugnkan…web..side.ini…jazakallah
azizi - 20 Mac 2008 at 3:14 AM |
Assalamualaikum, Saudara Azizi semuga dirahmati Allah….Banner yang saudara kirim melalui email telah diterima, pihak mod sedang berusaha untuk mengunakannya. Terima Kasih.
saidinaali - 25 Mac 2008 at 2:55 AM |
Saudara,
Salam sejahtera.
Cadangan saya agar dapat lah kiranya tuan membawa ” IT KNOWLEDGE ” ini ke surau dan di perlihatkan kepada para kariah ,terutamanya AJK surau yg tidak berkesempatan melayari laman web di sebabkan kesibukan atau tiada komputer atau dari pelbagai l/belakang yg tidak memerlukan tindakan susulan melalui komputer dan sebagainya.
Sekurang-kurangnya AJK Surau Saidina Ali celik IT dan tidak ketinggalan kebelakang.
Cadangan ini adalah sebagai …menceriakan lagi pengurusan dan dalam waktu yang sama kita boleh menarik minat para jemaah lagi utk sama2 melayari web Surau Saidina Ali.
Adalah kiranya pihak tuan dapat mengadakan suatu sesi dgn membawa peralatan IT ke surau..utk di terangkan dan dalam waktu yg sama mendapatkan ruang2 cadangan yg telus pada masa itu juga.
Salam dan terima kasih///
dari Rohaidi //hp 017-200-5-200
rohaidi - 7 Mei 2008 at 2:18 AM |
Asalammualaikum,
Saudara Rohaidi yang dirahmati Allah…adapun untuk memperlihat dan mempratontonkan usaha ini dirasakan tidak perlu…..kerana…klik saja alamat blog surau ‘saidinaali.wordpress.com” telah memperlihatkan isi kandungan blog tersebut….blog ini sebenarnya adalah sebagai diari saya untuk turut serta di dalam aktiviti – aktiviti surau. Jika blog ini hendak diaktivkan..saya sedia menyerahkan ‘login’ dan ‘pasword’ blog ini kepada setiausaha surau….saya sentiasa bersedia memberi bimbingan bagaimana nak mengurus blog ini ……tq
saidinaali - 7 Mei 2008 at 9:39 AM |
Ziarah blog Surau Saidina Ali, Tahniah kerana kewujudan blog ini .Ramai tanya pasar pagi bila nak mula, Ahli Majlis (FOMCA) tanya bila mula?
Wadah Bukit Sentosa - 6 November 2008 at 8:37 AM |
Salam ziarah blog yang cantik dan menarik ini. Teruskan aktiviti dan blog surau ini telah saya link kan dalam blog kami.
PAS Bukit Sentosa 2 - 20 November 2008 at 3:05 AM |
good luck..!
tengkuroy - 9 April 2009 at 8:53 AM |
Salam untuk semua yang hadir ke dalam Blog Surau Saidina Ali….Pihak moderator memohon maaf kerana telah lama tak aktivkan laman blog ini….untuk yang bertanyakan pasal pasar pagi…..Pasar Pagi Surau Saidina Ali terpaksa di tangguhkan disebabkan kekurangan modal untuk pelaksanaan … insyaallah pasar pagi Surau Saidina Ali akan diteruskan setelah dana mencukupi..terima kasih atas sokongan
saidinaali - 13 Julai 2009 at 5:41 AM |
Assalamualaikum, Saudara Moderator
Tahniah diatas laman web ini. Cuma boleh tak encik masukkan jadual aktiviti kuliah yang dijalankan di surau dan aktiviti yang dalam perancangan.
Terima Kasih
Muhd Adli - 13 Ogos 2009 at 1:46 AM |
Terima kasih kerana kunjungan yang berbahagia Tuan Pengerusi Surau…….saya sebenarnya suka suka je buat laman web ini……tapi x de bahan yg hendak saya siarkan……saya sedia…menyiarkan apa juga artikal daripada surau untuk kebaikan kita bersama…
saidinaali - 21 Ogos 2009 at 9:05 AM |